SESI 2 SEMINAR LIBERALISME:ANCAMAN KEPADA MAHASISWA

     Assalamualaikum kepada semua yang membaca blog ini,saya memulakan penulisan saya dengan pujian kepada Allah tuhan semesta alam yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.Seterusnya, selawat ke atas nabi junjungan yang kita kasihi iaitu Nabi Muhammad s.a.w.ingatlah saudara-dan saudari bahawa Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku.Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

   Pada sesi kedua ini dihadiri oleh Professor Anis Malik Thoha ( Associate professor IRKHS), Bro Luqman bin Hamid (Ahli Unit Kajian Pembina Pusat),serta Bro Hafiz Firdaus(Setiausaha Agung SRC IIUM).Sesi ini berbentuk forum yang mempunyai empat pusingan dan seterusnya Q&A.

       Banyak ilmu yang saya dapat dari forum ini tetapi saya akan tulis beberapa point penting sahaja dalam forum ini.

     Professor Anis Malik Thoha
"Mempelajari agama lain adalah dibenarkan seperti yang dilakukan oleh ilmuwan-ilmuwan islam pada zaman dahulu.Contohnya seperti Ibnu Sina dan Ibnu Khaldun."

   Bro Luqman bin Hamid
"Pembawa ideologi liberalisme perlu ditentang kerana syirik itu satu kezaliman yang besar.Allah  berfirman dalam Al-Quran"
: “Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.” – (Surah Luqman, ayat 13)

 Bro Hafiz Firdaus
"Kita perlu mendekati dan menasihati mereka dan mengajak mereka kembali ke jalan yang lurus,seperti dalam peristiwa di Taif  di mana walaupun Rasulullah dilempar batu sehingga berdarah-darah keluar dari Taif,tetapi Rasulullah tetap husnuzhon terhadap mereka di Taif  .


Jadi Resolusi Seminar Liberalisme : Ancaman Kepada Mahasiswa
1) Setiap individu/peserta perlu memahami idea/ciri-ciri/bentuk-bentuk liberalisme dan apakah kesan-kesannya terhadap masyarakat.
2) Perlu koreksi diri supaya kita tidak terjebak dengan pemikiran-pemikiran barat, apakah kita telah benar-benar mengangkat Islam sebagai agama yg tertinggi. Kita hendaklah merujuk kembali kepada syariat jika kita telah tersasar.
3) Kita hendaklah menyampaikan input-input yg kita dapat kepada masyarakat sekeliling supaya mereka juga tidak terjebak dengan ideologi2 barat ini.
Kesimpulannya,jauhkan diri kita dari terjebak dengan ideologi liberalisme dan sentiasalah berpegang kepada Al-Quran dan sunnah kerana
 

تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku

Sekiranya ada kesilapan daripada tulisan tegurlah saya dengan hujah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah kerana  Ana hanyalah Hamba Allah.Wallahua'lam bissawab