Post kali ini berkaitan dengan pendaftaran permit pekerja asing.Hal ini kerana semalam saya,ibu saya dan pekerja syarikat ayah saya bersama-sam untuk menguruskan permit kerja untuk pekerja asing.Justeru,saya berharap dengan perkongsian di blog ini serba sedikit dapat membantu para majikan flow dalam mendapatkan permit kerja.
Apakah itu permit kerja?
Permit kerja pendatang asing itu ialah pas kebenaran untuk pekerja asing untuk bekerja di negara dia bermusafir yang mempunyai had tempoh masa kebenaran.
Bagaimanakah mahu mendapat permit kerja?
Untuk mendapatkan permit kerja,kita perlu berurusan dengan Imigresen Malaysia di Pelabuhan Klang dan mereka akan memberi sehelai kertas yang mengandungi senarai dokumen yang perlu diberikan kepada mereka
Berkaitan dengan senarai dokumen yang telah saya beritahu di atas,saya akan menerangkan beberapa hal dengan lebih terperinci dan dengan kata-kata yang mudah difahami.
Antara senarai-senarai dokumennya ialah:
-FOMEMA
-Insurans Jaminan Bank
-Insurans Skim kesihatan
- FOMEMA
sumber:http://www.fomema.com.my/
Dalam bahasa melayunya, FOMEMA menjadi orang tengah untuk pemeriksaan kesihatan bagi pekerja-pekerja asing.
Pengalamanku:
-Semalam ana pergi ke kompleks pkns di shah alam dengan menaiki teksi sebab jiran ana di depan rumah bekerja sebagai driver taxi.Kami bertolak dalam pukul
8.00 pagi - bertolak ke kompleks PKNS
8.15 pagi.- Sampai di kompleks,kami pun pergi di tingkat 2 8.20 pagi -baru tahu FOMEMA kat tingkat 3,8.33 pagi -ambil nombor(no 1084)..mase tu no kat papan elektronik no giliran
8.35 pagi - isi borang FOMEMA
-kod doktor leh check kat papan sebelah kanan yg ade kertas2 ditampal
-nama doktor
-pastikan tahu klinik tu,supaya senang nk wat check up
-pastikan jangan lupa no syarikat kalau jadi majikan pekerja tu.
8.50 pagi - pergi fotostat salinan passport pekerja asing dekat tingkat 2
9.00 pagi - pergi pejabat pos,nak beli wang pos rm180 ini pun diperlukan untuk borang pembaharuan FOMEMA.Ingat nak pergi bank tetapi bank tidak buka dan lambat prosesnya.
seterusnya akan bersambung kemudian,tetapi banyak ibrah yang saya dapat daripada proses menyelesaikan permit kerja ini iaitu:
-kesabaran
"Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)." – al-Syuura (42) : 43
-kurangkan bercakap“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan bersikap sombong dalam bercakap.” Maka dikatakan: “Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui erti ats-tsarsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun?” maka jawab Nabi S.A.W.: “Orang-orang yang sombong.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya)
Semoga ilmu ini dapat kita berkongsi dengan rakan-rakan kita,semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukannya sambil berdakwah kepada orang untuk dekat kepada Allah.Wallahua'lam.