Definisi Usahawan Muslim




DEFINISI USAHAWAN MUSLIM

       Pendefinisian usahawan muslim merupakan satu ungkapan yang ideal dan 
komprehensif. Ia boleh dijadikan sebagai satu “role-model” yang berupaya membuat 
trasformasi senario peradaban umat Islam pada masa sekarang. Kesinambungan dari
pemerintahan kegemilangan Islam yang lalu perlu didalami untuk mencari kunci 
kejayaan mereka. Namun begitu, para cendiakawan pada abad ini, perlu membuat 
analisis dalam memberikan konotasi usahawan muslim yang tepat. 

       Secara dasarnya, usahawan muslim ialah mereka dikalangan umat islam yang 
menjalankan aktiviti perniagaan dengan produk yang halal. Namun begitu, mereka 
juga terikat dengan etika dan ruh perundangan syariah agar sentiasa dipatuhi secara 
total bersumberkan al-quran dan as-sunnah. Oleh yang demikian, sentrik ilmu 
berpaksikan naqli perlu diasimilasikan untuk mewujudkan ikon usahawan muslim
yang ideal. 

       Kesannya, bagi menjenamakan identiti sebagai usahawan muslim, sifat-sifat yang 
baik perlu dihadiri dalam jiwa seseorang peniaga. Sehubungan itu, Rasulullah s.a.w. 
boleh dijadikan sebagai teladan dan ikutan dalam aspirasi lakuan usahawan muslim. 
Ini dibuktikan apabila semasa Rasulullah s.a.w. mengatur perniagaannya, baginda 
telah meletakkan beberapa prinsip akhlak, dan mengemukakan suatu contoh aktiviti
yang bersifat kemanusiaan yang cenderung ke arah mengeratkan hubungan sesama
insan, memelihara keutuhan persaudaraan yang sudah terjalin. Sekiranya kesemua
sifat yang dinyatakan tadi dapat diadaptasikan, maka realiti usahawan muslim akan 
terjawab. 

      Jika disingkap dari peradaban tarikh Islam pula, kita dapati bahawa kewujudan para 
usahawan dari kalangan umat Islam telah menjangkau ke dunia Afrika. Malah telah 
tertubuh beberapa buah jajahan Islam baru di benua Afrika seperti di Somalia, 
Nigeria, Mali, Guineadan lain-lain tanpa melalui peperangan atau penaklukan. Secara
umumnya, senario transaksi perdagangan yang pada ketika itu telah berjaya menarik 
kepercayaan penduduk tempatan kerana mereka menunjukkan adab sopan Islam yang 
tinggi ketika berurusan dengan mereka, khasnya peraturan-peraturan yang berkaitan 
dengan perniagaan

      Kita tidak perlu melahirkan satu ideologi atau sistem usahawan muslim yang baru. 
Bahkan teori berkaitan usahawan yang dikemukakan oleh pemikir barat boleh dijadikan 
sebagai sokongan kepada pemantapan sistem pembudayaan usahawan muslim. Yang 
jelas ialah setiap perlakuan hendaklah berpaksikan kepada sumber akidah islam.Ini 
bertepatan dengan firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran iaitu :(Terjemahan : Surah al-Maidah : 15-16)

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu hidayah dan kitab yang terang 
daripada Allah, dengan itu, Allah akan memberi petunjuk kepada orang yang mahu 
mengikut perintahNya akan jalan yang selamat serta mengeluarkan mereka dari 
kegelapan kepada cahaya yang terang dengan izinNya jua dan seterusnya 
menunjukkan mereka ke arah jalan yang benar

KESIMPULAN

      Tidak dapat dinafikan keusahawanan adalah bidang kerja yang penting   dan dimuliakan dalam  Islam.Umat Islam amat digalakkan menceburi bidang keusahawanan supaya umat Islam sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri dan bukan bersandar kepada orang lain dalam menikmati rezeki kurniaan Allah. Sebagaimana maksud hadith: (Bukhari & Muslim) 

“Sesungguhnya orang yang membawa tali, lalu dia memikul seberkas kayu, 
lantas menjualnya, (dengan usaha itu Allah menjaga dirinya)adalah lebih baik 
daripada meminta-minta kepada orang, baik mereka yang dipinta itu memberinya atau 
menghalangnya” 

       Cabaran dalam bidang keusahawanan menuntut usahawan Islam untuk lebih bersedia dan maju ke hadapan. Islam tidak menghalang umatnya untuk mengejar keuntungan walaupun keuntungan di dunia supaya umat Islam dapat hidup sempurna dan dapat beribadat kepadaNya dengan hati yang gembira. Akan tetapi keuntungan yang diperolehi hendaklah melalui jalan yang betul dan mengikut syarak. 

         Keuntungan dari perniagaan itu juga hendaklah dikongsi dengan masyarakat melalui pembayaran zakat. Dengan cara ini usahawan Islam bukan sahaja akan dapat memelihara diri sendiri, malahan agama dan masyarakat Islam umumnya.Wallahua'lam.

Rujukan Utama:

  • Al-Quran dan Hadith
  • http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/1536/Usahawan%20Muslim_Isu%20dan%20Cabaran.pdf

Lain- lain Rujukan :
  • Abdul Sami’ Al-Misri, Terjemahan:Ahmad Hj. Hasbullah. 1993. Perniagaan Dalam Islam. Dewan Bahasa Dan Pustaka:Kuala Lumpur. 
  • Dato’ Seri Abdul rahman Maiden, 2003. Mengurus Kejayaan: Pengurusan Aset dan Tanggungan dari Perspektif Islam.Kertas Kerja dibentangkan di Muzakarah Pakar, Dewan Besar IKIM, 29-30 April 2003. 
  • Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi,  Islam MenuntutKecemerlangan Dalam Perniagaan dan Keusahawanan
  • Nik Mohamed Affandi N.M.Y, 2002. Islam and Business. Pelanduk Publications. 
  • Prof. Madya Syed Omar Bin Syed Agil, Garis Panduan Tingkah Laku Etika Islam Dalam Perniagaan











TEMA
'Bisnes Sebagai Fardhu Kifayah'


SPEAKER

  • Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.( Penceramah Bebas)
  • Datuk Nadzim Johan       ( Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM))
  • Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin. (Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd)
  • Tuan Haji Ali Hassan Mohammad Hassan( Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd)
  • Dato’ Husammudin Yaacub( CEO Kumpulan Media Karangkraf )
  • Dato’Dr Rusly Abdullah (Chef Li)( Mentor Jutawan Senyap )



SIAPA PERLU HADIR?


  • Usahawan muslim
  • Pekerja syarikat
  • Pensyarah 
  • Pelajar
  • Peniaga sambilan
  • Sesiapa yang berminat untuk menceburi  bidang perniagaan



APA YANG ANDA  AKAN DAPAT ?


  • Memahami definisi usahawan muslim 
  • Mengetahui tujuan dan kaedah perniagaan yang dituntut oleh syara'
  • Memperolehi ilmu dan strategi perniagaan daripada usahawan muslim yang sudah berjaya
  • Mengetahui isu dan cabaran yang pernah dilalui oleh usahawan muslim sendiri

BERMINAT?

Daftarkan diri anda di http://www.konvensyenusahawanmuslim.com/ untuk  mengetahui lebih lanjut mengenai usahawan muslim.